SELAMAT DATANG KE BLOG SMK BANDAR BARU PERDA

PENGENALAN

SMKBBP terletak kira-kira 2 km ke arah barat Bandar Bukit Mertajam dan 10 km ke timur bandar Butterworth, berada di dalam bandar PERDA di antara Pangsapuri Permata dan Kondominium Mutiara serta di belakang Politeknik Seberang Perai. Sebelum tahun 2002 , ibubapa yang menetap di Taman Hj Mohd Amin, Ptg Sg Nibong, Ptg Batu dan Kebun Sireh telah menghantar anak-anak mereka ke SMK Sama Gagah dan SMK Ptg Rawa, jarak yang agak jauh dari rumah, bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di Bandar PERDA.SMK Bandar Baru PERDA mula beroperasi pada tahun 2002 dengan bilangan pelajar seramai 127 orang ( tingkatan 1 ). Bilangan guru 11 orang dan 2 orang staf sokongan. Didirikan di atas tanah seluas 3.02 ekar, terdiri 4 buah bangunan 4 tingkat, lengkap dengan 6 buah makmal sains, sebuah makmal komputer serta bengkel KH. Pada tahun 2003, seramai 87 orang pelajar tingkatan 4 mula ditempatkan. Calon PMR dan SPM kali pertama pada tahun 2004.
.

FALSAFAH SEKOLAH

Mendapat pendidikan ialah hak seorang pelajar. Mereka boleh dididik dan diajar serta boleh mencapai kejayaan. Sekolah bertanggungjawab untuk mendidik, mengajar, mengasuh dan memupuk mereka untuk menjadi insan yang seimbang dan harmoni ( intelek, rohani, emosi dan jasmani). Matlamat ini dicapai melalui penyuburan potensi pelajar daripada pengembelengan tenaga para guru secara bersepadu dan memahami bahawa mendidik, mengajar dan belajar adalah satu ibadah.

.

VISI SEKOLAH

Melonjakkan kecemerlangan SMKBBP sebagai sekolah perdana antara sekolah harian biasa di daerah Seberang Perai Tengah.

.

MISI SEKOLAH

~ Melahirkan modal insan yang berketrampilan dan bersahsiah mulia .

~ Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.

~ Mewujudkan hubungan yang kolaboratif dengan pelanggan sekolah.

~ Mengamalkan pentadbiran dan pengurusan pendidikan berkualiti, telus dan berintegriti.

.

PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH

( telah, sedang dan akan dilaksanakan )(2002-2009)

1. Kelas Bimbingan untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5 tajaan PIBG SMKBBP

2. Kelas Bimbingan bersama SMK Ptg Rawa anjuran Yayasan AlBukhari

3. Ceramah Motivasi dan Teknik Belajar anjuran Panitia

4. Ceramah dan Bengkel Teknik Menjawab soalan peperiksaan PMR dan SPM anjuran J/kuasa Program Kecemerlangan Sekolah.

5. Kelas Bimbingan ( Pemulihan )3M oleh unit Kaunseling

6. Kelas Bimbingan ( Pemulihan )Al-Quran dan Fardhu Ain oleh Panitia Agama Islam

7. Kesedaran Kepentingan Math & Sains dalam Bl oleh Panitia Sains.

8. Bantuan Pinjaman rnembayar yuran peperiksaan SPM dan PMR

9. Pendekatan Matematik Cara Mudah dan menyeronokkan.

10. Kemahiran Belajar

11. Pecutan Akhir bersama Dr Shukri B Abdullah

12. Program Intervensi Sains dan Matematik

13. Minggu Latih Tubi

14. Perkembangan Staf dan Guru

15. Hari Kokurikulum

16. Kejohanan Merentas Desa

17. Kejohanan Sukan Olahraga

18. Gotong Royong Perdana

19. Sambulan Maulidur Rasul

20. Pelancaran Bulan Kemerdekaan

21. Kem Bina Sahsiah Pelajar berisiko.

22. Teknik -Teknik Belajar yang berkesan

23. Majlis Bacaan Yaasin

24. Hari Anugerah Cemerlang Pelajar

25. Perjumpaaan Waris /JayaWaris

26. Pra SPM dan PMR

27. Program NILAM

28. Minggu Bahasa Dan sastera, Minggu Bahasa Inggeris, Minggu Sains dan Matematik

29. Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber

30. Kem Kepimpinan Jawatankuasa Kokurikulum ( Kelab & Persatuan Unit Uniform )

Jumaat, Mei 08, 2009

LDP KE SETERUSNYA

Latihan Dalam Perkhidmatan yang keseterusnya ditangguhkan sehingga diberitahu.

Semua guru wajib hadir.

ATURCARA LDP :

???????